Tuesday 11 November 2014


Ditubuhkan pada Julai 2001 oleh Allahyarham Ustaz Mohd Hussain bin Haji Abdul Rahman bersama rakan-rakannya yang cintakan Pendidikan Islam. Beliau merupakan seorang Imam Khairiah Kampung Charuk Bemban, Kupang dan juga guru agama disalah sebuah Sekolah Menengah Agama di daerah ini.

Diperingkat awal penubuhan, rumah ini telah memulakan sessi pengajarannya dengan mengambil seramai 18 orang pelajar yang di tempatkan sementara di sebuah Bangunan di Kampung Charuk Sikin Mukim Pulai, 09200 Kupang Baling, Kedah Darul Aman.

Setelah sessi pengajian pertama berjalan selama dua tahun, sambutan yang diterima daripada masyarakat semakin menggalakkan dengan jumlah pendaftaran pelajar yang tinggi. Jumlah pelajar meningkat kepada 130 orang. Rumah ini tidak dapat lagi menampung kapasiti tersebut. Justeru, pihak Lembaga Tadbir telah mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat yang lebih selesa dan kekal iaitu di Lot 4185, Mukim Pulai, 09200 Kupang Baling, Kedah Darul Aman.